Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak UKM khusus kepada warga UKM termasuklah para graduan UKM.. antara kemudahan yang disediakan adalah pengangkutan (bas) dan WiFi.
Walau bagaimanapun, terdapat kepincangan dalam UKM jaring WiFi ini. Antaranya adalah:
1) Jaringan yang lambat.
Kelembapan dalam mengakses internet menyukarkan pelajar membuka pelbagai laman web untuk mencari maklumat. Hal ini sering berlaku berikutan daripada jumlah penggunaan Jaringan lebih ramai, melebihi kapasiti penggunaan WiFi bagi setiap pengguna.
2) Kapasiti yang rendah
kapasiti jaringan yang rendah menyukarkan pelajar memuat naik dan memuat turun maklumat, video serta gambar ke dalam web.
3) Kawasan yang tidak terdapat jaringan
Terdapat beberapa kawasan yang tidak mendapat kemudahan jaringan WiFi ini. Seperti di Kolej Keris Mas, terdapat beberapa blok di kolej tersebut yang tidak dapat mengekses maklumat di dalam bilik. Pelajar terbabit terpaksa mencari tempat yang lain terutamanya kawasan Kafeteria semata-mata untuk menggunakan WiFi UKM ini. Hal ini sudah pasti menyukarkan pelajar untuk mengekses maklumat, mengambil masa, dan sebagainya.
4) Halangan mengekses WiFi
Apabila berlakunya hujan lebat yang disertakan dengan guruh yang kuat, jaringan WiFi ini sudah pasti tidak dapat di akses. Hal ini akan berlarutan selama beberapa jam selepas kejadian. Pelajar terpaksa menunggu masa yang lama untuk menggunakan jaringan UKM ini. Selain ini, kadangkala dengan secara tiba-tiba, jaringan UKM akan terputus dengan sendirimya menyebabkan pelajar tergendala mengekses internet.
# Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan agar kemudahan yang disediakan ini dapat digunakan dengan sebaiknya tanpa sebarang masalah.
Saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman dan aktiviti yang saya lakukan sepanjang pembelajaran saya dalam kursus ini..
Thursday, April 19, 2012
10 Jenis Alat Teknologi Dan Inovasi
1. Quantum Teleporter
Q-Teleportation telah berhasil pada objek yang lebih kecil berdasarkan penelitian yang telah dilakukan. “Kami mampu melakukan eksperimen quantum teleportation untuk pertama kalinya di luar makmal universiti,” kata Rupert Ursin, peneliti Institute Experimental Physics, Universiti Vienna, Austria. Pada Q-Teleportation, quantum pada objek dihancurkan dan dibuat kembali. Oleh karana itu, Q-Teleportation tidak boleh memindahkan benda hidup mahupun mati secara keseluruhan fizik. Alat ini “menciptakan” replika benda sebelumnya pada posisi di tempat lain dan benda sebelumnya akan “menghilang” selama replikanya diciptakan.
sumber: National Geographic.
2. 360ยบ 3-D Holographic Displays
ZCam™ merupakan kamera video yang boleh merakam informasi hingga ke dalam bahagian objek (yang biasanya digunakan untuk membuat model 3D) video dan kemudian diproduksi oleh 3DV Systems. Teknologi ini berasaskan prinsip “Time of Flight”. Pada teknik ini, data ukuran 3D didapatkan dengan cara mengirim gelombang infra merah ke dalam scene video dan mengesan cahaya yang direfleksikan oleh permukaan objek pada scene video. Dengan menggunakan variabel waktu yang ditempuh oleh gelombang infra merah untuk mencapai objek target dan saat kembali, jarak boleh dihitung dan kemudian digunakan untuk membuat informasi 3D dari semua objek pada scene.
3. Lightsaber (Pedang Laser
Apa yang kita ketahui, pedang ini hanyalah hasil karya pada fielm-filem sains fiksyen belaka!! Lightsaber terdiri daripada logam dan mata pedang berupa plasma sepanjang 1 meter. Lightsaber ini boleh memotong objek tanpa berlawan walau sedikit pun. Pedang ini boleh meninggalkan luka secara terbakar atau melecur pada kulit manusia. Walau bagaimanapun, pedang lightsabe ini boleh ditangkis dengan ditangkis dengan mengunakan perisai.
4. JetPack
Jetpack juga termasuk dalam alat yang banyak kita temukan di filem sains fiksyen, yang mana alat ini menggunakan jet yang melepaskan gas (boleh juga air) dan kemudian “menerbangkan” penggunanya. TAM adalah perusahaan pertama dan satu-satunya di dunia yang memproduksi paket lengkap kostum yang direka oleh Rocket Belt menggunakan mutakhir dan juga material aerospace dengan mesin penyulingan khusus untuk memproduksi bahan bakar Hidrogen Peroksida jet anda.
5. Military exoskeleton prototype
Military exoskeleton merupakan sejenis rangka luar bertenaga hidrolik yang dipasang pada militer dan boleh mengangkat hingga 100 kg benda untuk jangka waktu yang lama dan boleh mengelilingi suatu kawasan pula. Reka bentuk yang fleksibel memungkinkan pengguna untuk membongkok, bergerak pelan dan “mengangkat” ke atas. Tidak ada joystick mahupun mekanisme kawalan lainnya. Kawalannya hanya dengan menggunakan pancaindra manusia.
6. Flying Car
“kereta terbang” ini disebut “The Highway in the Sky”. Jika setiap waktu anda terjebak dalam kesesakan, maka dengan menggunakan flying car ini anda boleh berputar dan meluncur di angkasa agar boleh sampai di tempat yang ingin dituju dengan cepat.
7. Flying Saucer
Ini adalah model kenderaan udara tanpa pemandu yang boleh terbang di udara dengan bentuk cawan yang mirip dengan pesawat UFO. Model kenderaan ini telah dibuat oleh sebuah perusahaan di Inggeris yang bernama Aesir. Kenderaan ini boleh memuatkan dua orang penumoang di dalamnya. kenderaan ini boleh bergerak sendiri tanpa memerlukan pemandu unutk memacu kenderaan ini.
8. Virtual Goggles
Teknologi telah membawa dunia virtual ke dalam komputer kita sejak sekian lama. Tapi, dunia virtual tersebut sekarang boleh disaksikan di rumah kita. Sebuah eksperimen yang telah dilakukan selama beberapa dekad, sekarang telah menjadi kenyataan. Pada gambar di atas, wanita tersebut sedang menggunakan alat berteknologi virtual bernama iWear VR920 dari perusahaan Icuiti. Alat tersebut boleh berfungsi sebagai output video juga sebagai gaming console. Ia boleh melihat pelbagai maklumat seperti yang terdapat dalam komputer melalui kaca mata tersebut.
9. Monorel Mesra Alam
Teknologi mesra alam yang diaplikasikan pada monorel Shweeb di Rotorua, New Zealand ternyata dapat mengelakkan penggunaan tenaga elektrik kerana ia menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Perekanya, Geoffrey Barnet menggabungkan tempat bersandar dan pengayuh dengan teknologi monorel untuk membina Shweeb, nama yang diambil bersempena dengan perkataan dalam bahasa Jerman iaitu schweben yang bermaksud melayang atau bergantung. Dengan kepakaran teknologi baru itu, Shweeb terbukti sebagai pengangkutan yang lebih efisien dan kos rendah dengan aplikasi komuter bandar, rekreasi dan kecergasan. Shweeb meluncur melalui bandar menggunakan rel licin ultra tipis bersaiz hanya 200 milimeter (mm) x 200 mm. Ia berada setinggi enam meter di atas permukaan tanah untuk mengelakkan lalu lintas dan pejalan kaki.
10. Transparent I-pad
Transparent I-pad membolehkan kita memperolehi sesuatu maklumat dengan mudah. Ia berbentuk seperti I-pad dan bersifat lutsinar. Antara fungsinya, sebagai contoh, apabila anda dapat melihat bangunan, alat ini akan memberikan hasil pencarian citra yang tepat di sesuatu tempat. Pilih sebuah gedung dan sentuhlah lantai dan ia akan memberitahu anda rincian lebih lanjut dari bangunan tersebut. Anda dapat menggunakannya ketika anda ingin tahu model kereta, nama serangga, nama bunga, jenis makanan apa yang disajikan di restoran dan berapa banyak, sejarah yang pembinaan sebuah jambatan, dan sebagainya. Alat ini juga sangat membantu untuk nutrisi kesihatan.
Monday, April 16, 2012
bermulanya Blogging...
pensyarah tutorial saya menyuruh kami membuat satu blog untuk berkongsi cerita, pengalaman, tugasan dan aktiviti yang kami lakukan sepanjang pembelaran kami dalam kursus teknologi dan inovasi dalam pendidikan. kami diminta untuk memuatnaik gambar, video dan sebagainya sebagai bahan bukti aktiviti dan tugasan yang kami lakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)