Thursday, April 19, 2012

UKM Jaring WiFi

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak UKM khusus kepada warga UKM termasuklah para graduan UKM.. antara kemudahan yang disediakan adalah pengangkutan (bas) dan WiFi.
Walau bagaimanapun, terdapat kepincangan dalam UKM jaring WiFi ini. Antaranya adalah:

1) Jaringan yang lambat.
Kelembapan dalam mengakses internet menyukarkan pelajar membuka pelbagai laman web untuk mencari maklumat. Hal ini sering berlaku berikutan daripada jumlah penggunaan Jaringan lebih ramai, melebihi kapasiti penggunaan WiFi bagi setiap pengguna.

2) Kapasiti yang rendah
kapasiti jaringan yang rendah menyukarkan pelajar memuat naik dan memuat turun maklumat, video serta gambar ke dalam web.

3) Kawasan yang tidak terdapat jaringan
Terdapat beberapa kawasan yang tidak mendapat kemudahan jaringan WiFi ini. Seperti di Kolej Keris Mas, terdapat beberapa blok di kolej tersebut yang tidak dapat mengekses maklumat di dalam bilik. Pelajar terbabit terpaksa mencari tempat yang lain terutamanya kawasan Kafeteria semata-mata untuk menggunakan WiFi UKM ini. Hal ini sudah pasti menyukarkan pelajar untuk mengekses maklumat, mengambil masa, dan sebagainya.

4) Halangan mengekses WiFi
Apabila berlakunya hujan lebat yang disertakan dengan guruh yang kuat, jaringan WiFi ini sudah pasti tidak dapat di akses. Hal ini akan berlarutan selama beberapa jam selepas kejadian. Pelajar terpaksa menunggu masa yang lama untuk menggunakan jaringan UKM ini. Selain ini, kadangkala dengan secara tiba-tiba, jaringan UKM akan terputus dengan sendirimya menyebabkan pelajar tergendala mengekses internet.

# Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan agar kemudahan yang disediakan ini dapat digunakan dengan sebaiknya tanpa sebarang masalah.

No comments:

Post a Comment