Dalam era globalisasi masa kini, teknologi dan inovasi sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Malah, tanpanya, individu itu akan digelar kolot, buta teknologi dan paling menyedihkan kehidupan mereka menjadi serba kekurangan dan menyukarkan rutin hariannya. Oleh yang demikian, pelbagai langkah perlu dilakukan bagi memastikan bidang teknologi dan inovasi dalam pendidikan ini terus menjadi rutin harian masyarakat dunia. Antaranya adalah:
1) KEPIMPINAN
Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah. Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah.
2) KEMUDAHAN TEKNOLOGI YANG MENCUKUPI
Penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat dalam sistem persekolahan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan telah membekalkan peralatan pendidikan berasaskan teknologi seperti radio, televisyen, overhead projector ke sekolah bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Pembekalan komputer juga perlu dibekalkan untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah.
3) PENYIARAN RANCANGAN PENDIDIKAN
Rancangan pendidikan sekolah rendah dan menengah perlu dipergiatkan lagi penyiarannya agar medium pendidikan secara elektronik dapat digunakan secara meluas oleh semua pelajar. Bukan hanya siaran berbayar sahaja seperti astro yang menyiarkan rancangan berbentuk pendidikan, malah siaran televisyen swasta dan kerajaan seharusnya perlu turut menambahkan rancangan pendidikan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian telah menyediakan rancangan pendidikan untuk disiarkan ke sekolah rendah dan menengah melalui Radio dan TV Pendidikan. Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan pendidikan melalui TV dipertingkatkan dan diperluas ke sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dengan menggunakan teknologi satelit.
4) PENDIDIKAN SECARA MAYA
Penggunaan internet secara berterusan dapat membantu pelajar dalam pelbagai perkara. Pembelajaran secara maya sememangnya sangat berguna terutamanya jarak tempat antara kediaman guru dengan pelajar adalah jauh. Hal ini menyukarkan pelajar berjumpa dengan guru apabila menghadapi sebarang masalah mengenai pembelajaran mereka. Dengan adanya internet ini, pelajar dapat bertanya kepada guru secara langsung melalui webcam dan ini sekaligus dapat menjimatkan masa serta membolehkan penggunaan teknologi ini menjadi rutin harian pelajar.
5) PENGGUNAAN TEKNOLOGI SECARA MELUAS
Pelbagai alatan berkaitan dengan pendidikan boleh diguna semasa proses P&P berlangsung. Penggunaan kamus Besta yang mudah dibawa kemana-mana memudahkan pelajar mencari maksud sesuatu ayat dalam bahasa English. Hal ini membantu kelangsungan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, penyimpanan maklumat berkaitan dengan topik pembelajaran di kelas dengan menggunakan tumbdrive dan komputer riba atau komputer membolehkan penggunaan alat teknologi menjadi rutin harian.
blog ini sngt bagus..berguna untuk setiap pelajar:)
ReplyDeleteblog ini banyak menerangkan kelebihan teknologi yang ada pada masa kini. terdapat pelbagai maklumat yang kita dapat perolehi dari blog ini dan sangat2 berguna kepada pelajar. segala maklumat yang disediakan dalam blog ini harus digunakan dengan sebaik-baiknya oleh pelajar.
ReplyDeleteisu ini bagus...bertepatan dengan keadaan pelajar sekarang..cuma kekurangan isi huraian..tapi masih bagus..keep it up..
ReplyDeleteMaklumat apa yang diberikan amat bagus. Hal ini kerana, secara tidak langsung kita dapat mengetahui mengenai langkah yang perlu dilakukan dalam meningkatkan penggunaan teknologi dalam pendidikan.
ReplyDeleteisu ini bagus. hal-hal berkaitan dengan teknologi mestilah diambil berat memandangkan dunia sekarang ibarat seperti berada di hujung jari.jadi langkah-langkah sebegini haruslah dijalankan.
ReplyDeleteAyat tersusun rapi.BAGUS ☺☺
ReplyDeleteAyat tersusun rapi.BAGUS ☺☺
ReplyDeleteTq...boleh jga sy copy ayatnya sikit2😂sorry🙏
ReplyDelete