Friday, May 25, 2012

Projek Individu : "Lava Dalam Botol"


Bahan-bahan:
1) botol air 1.5 liter
2) minyak masak l liter
3) sedikit air (200ml)
4) panadol soluble
5) sirap

Projek Berkumpulan : Oh My English! video




Isu Teknologi : Langkah-langkah meningkatkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan.

Dalam era globalisasi masa kini, teknologi dan inovasi sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Malah, tanpanya, individu itu akan digelar kolot, buta teknologi dan paling menyedihkan kehidupan mereka menjadi serba kekurangan dan menyukarkan rutin hariannya. Oleh yang demikian, pelbagai langkah perlu dilakukan bagi memastikan bidang teknologi dan inovasi dalam pendidikan ini terus menjadi rutin harian masyarakat dunia. Antaranya adalah:

1) KEPIMPINAN
Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah. Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah.


2) KEMUDAHAN TEKNOLOGI YANG MENCUKUPI
Penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat dalam sistem persekolahan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan telah membekalkan peralatan pendidikan berasaskan teknologi seperti radio, televisyen, overhead projector ke sekolah bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Pembekalan komputer juga perlu dibekalkan untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah. 
              
3) PENYIARAN RANCANGAN PENDIDIKAN
Rancangan pendidikan sekolah rendah dan menengah perlu dipergiatkan lagi penyiarannya agar medium pendidikan secara elektronik dapat digunakan secara meluas oleh semua pelajar. Bukan hanya siaran berbayar sahaja seperti astro yang menyiarkan rancangan berbentuk pendidikan, malah siaran televisyen swasta dan kerajaan seharusnya perlu turut menambahkan rancangan pendidikan. Walau bagaimanapun, pihak kementerian telah menyediakan rancangan pendidikan untuk disiarkan ke sekolah rendah dan menengah melalui Radio dan TV Pendidikan. Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan pendidikan melalui TV dipertingkatkan dan diperluas ke sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dengan menggunakan teknologi satelit.

4) PENDIDIKAN SECARA MAYA
Penggunaan internet secara berterusan dapat membantu pelajar dalam pelbagai perkara. Pembelajaran secara maya sememangnya sangat berguna terutamanya jarak tempat antara kediaman guru dengan pelajar adalah jauh. Hal ini menyukarkan pelajar berjumpa dengan guru apabila menghadapi sebarang masalah mengenai pembelajaran mereka. Dengan adanya internet ini, pelajar dapat bertanya kepada guru secara langsung melalui webcam dan ini sekaligus dapat menjimatkan masa serta membolehkan penggunaan teknologi ini menjadi rutin harian pelajar.

5) PENGGUNAAN TEKNOLOGI SECARA MELUAS
Pelbagai alatan berkaitan dengan pendidikan boleh diguna semasa proses P&P berlangsung. Penggunaan kamus Besta yang mudah dibawa kemana-mana memudahkan pelajar mencari maksud sesuatu ayat dalam bahasa English. Hal ini membantu kelangsungan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, penyimpanan maklumat berkaitan dengan topik pembelajaran di kelas dengan menggunakan tumbdrive dan komputer riba atau komputer membolehkan penggunaan alat teknologi menjadi rutin harian.

Tuesday, May 15, 2012

Tentang Saya!



Nama:              Siti Rohana Bt Ayop
No. Matrik:        A 131470
Pengajian:          Ijazah Sarjana Muda Pengajian Psikologi
Tahun:              Tahun 2 sesi 2011/2012
Kelas Tutorial:   Teknologi dan Inovasi
                       Selasa
                       jam 8.00 malam
Pensyarah:        Major Jasmy
Alamat Kolej:    No. 204, Blok K19C, Kolej Antarabangsa Ibu Zain,
                      Universiti Kebangsaan Malaysia,
                      43600 Bangi, Selangor.
Tarikh Lahir:     10 Mei 1990
Tempat Lahir:   Johor Darul Takzim

Tuesday, May 8, 2012

10 You Tube : Psikologi

1) Psikologi Motivasi Dan Emosi : "Motivasi, Inovasi & Inspirasi"


2) Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja : "Perkembangan Remaja, Karekteristik dan Permasalahannya"


3) Psikologi Fisiologi : "Neuron"


4) Psikologi Motivasi Dan Emosi : "Mengenal Potensi Diri"


5) Psikologi Personaliti : "The Psychology Of Consumer Behaviour"


6) Psikologi Kanak-Kanak Dan Remaja : "Kohlberg's Moral Dilemma"


7) Psikologi Kognitif : "The 'False Belief' Test : Theory Of Mind" 


8) Psikologi Sosial : "Perilaku Anak Tergantung Orangtuanya"


9) Psikologi Fisiologi : "Health Video On Anemia (introduction)"


10) Psikologi Personaliti : "Pendidikan Karakter"

Thursday, April 19, 2012

UKM Jaring WiFi

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pihak UKM khusus kepada warga UKM termasuklah para graduan UKM.. antara kemudahan yang disediakan adalah pengangkutan (bas) dan WiFi.
Walau bagaimanapun, terdapat kepincangan dalam UKM jaring WiFi ini. Antaranya adalah:

1) Jaringan yang lambat.
Kelembapan dalam mengakses internet menyukarkan pelajar membuka pelbagai laman web untuk mencari maklumat. Hal ini sering berlaku berikutan daripada jumlah penggunaan Jaringan lebih ramai, melebihi kapasiti penggunaan WiFi bagi setiap pengguna.

2) Kapasiti yang rendah
kapasiti jaringan yang rendah menyukarkan pelajar memuat naik dan memuat turun maklumat, video serta gambar ke dalam web.

3) Kawasan yang tidak terdapat jaringan
Terdapat beberapa kawasan yang tidak mendapat kemudahan jaringan WiFi ini. Seperti di Kolej Keris Mas, terdapat beberapa blok di kolej tersebut yang tidak dapat mengekses maklumat di dalam bilik. Pelajar terbabit terpaksa mencari tempat yang lain terutamanya kawasan Kafeteria semata-mata untuk menggunakan WiFi UKM ini. Hal ini sudah pasti menyukarkan pelajar untuk mengekses maklumat, mengambil masa, dan sebagainya.

4) Halangan mengekses WiFi
Apabila berlakunya hujan lebat yang disertakan dengan guruh yang kuat, jaringan WiFi ini sudah pasti tidak dapat di akses. Hal ini akan berlarutan selama beberapa jam selepas kejadian. Pelajar terpaksa menunggu masa yang lama untuk menggunakan jaringan UKM ini. Selain ini, kadangkala dengan secara tiba-tiba, jaringan UKM akan terputus dengan sendirimya menyebabkan pelajar tergendala mengekses internet.

# Kami berharap masalah ini dapat diselesaikan agar kemudahan yang disediakan ini dapat digunakan dengan sebaiknya tanpa sebarang masalah.

10 Jenis Alat Teknologi Dan Inovasi

1.   Quantum Teleporter

Q-Teleportation telah berhasil pada objek yang lebih kecil berdasarkan penelitian yang telah dilakukan. “Kami mampu melakukan eksperimen quantum teleportation untuk pertama kalinya di luar makmal universiti,” kata Rupert Ursin, peneliti Institute Experimental Physics, Universiti Vienna, Austria. Pada Q-Teleportation, quantum pada objek dihancurkan dan dibuat kembali. Oleh karana itu, Q-Teleportation tidak boleh memindahkan benda hidup mahupun mati secara keseluruhan fizik. Alat ini “menciptakan” replika benda sebelumnya pada posisi di tempat lain dan benda sebelumnya akan “menghilang” selama replikanya diciptakan.
sumber: National Geographic.


2.  360ยบ 3-D Holographic Displays

ZCam™ merupakan kamera video yang boleh merakam informasi hingga ke dalam bahagian objek (yang biasanya digunakan untuk membuat model 3D) video dan kemudian diproduksi oleh 3DV Systems. Teknologi ini berasaskan prinsip “Time of Flight”. Pada teknik ini, data ukuran 3D didapatkan dengan cara mengirim gelombang infra merah ke dalam scene video dan mengesan cahaya yang direfleksikan oleh permukaan objek pada scene video. Dengan menggunakan variabel waktu yang ditempuh oleh gelombang infra merah untuk mencapai objek target dan saat kembali, jarak boleh dihitung dan kemudian digunakan untuk membuat informasi 3D dari semua objek pada scene.


3. Lightsaber (Pedang Laser

Apa yang kita ketahui, pedang ini hanyalah hasil karya pada fielm-filem sains fiksyen belaka!! Lightsaber terdiri daripada logam dan mata pedang berupa plasma sepanjang 1 meter. Lightsaber ini boleh memotong objek tanpa berlawan walau sedikit pun. Pedang ini boleh meninggalkan luka secara terbakar atau melecur pada kulit manusia. Walau bagaimanapun, pedang lightsabe ini boleh ditangkis dengan ditangkis dengan mengunakan perisai.

4. JetPack


Jetpack  juga termasuk dalam alat yang banyak kita temukan di filem sains fiksyen, yang mana alat ini menggunakan jet yang melepaskan gas (boleh juga air) dan kemudian “menerbangkan” penggunanya. TAM adalah perusahaan pertama dan satu-satunya di dunia yang memproduksi paket lengkap kostum yang direka oleh Rocket Belt menggunakan mutakhir dan juga material aerospace dengan mesin penyulingan khusus untuk memproduksi bahan bakar Hidrogen Peroksida jet anda.


5. Military exoskeleton prototype



Military exoskeleton merupakan sejenis rangka luar bertenaga hidrolik yang dipasang pada militer dan boleh mengangkat hingga 100 kg benda untuk jangka waktu yang lama dan boleh mengelilingi suatu kawasan pula. Reka bentuk yang fleksibel memungkinkan pengguna untuk membongkok, bergerak pelan dan “mengangkat” ke atas. Tidak ada joystick mahupun mekanisme kawalan lainnya. Kawalannya hanya dengan menggunakan pancaindra manusia.

6. Flying Car


“kereta terbang” ini disebut “The Highway in the Sky”. Jika setiap waktu anda terjebak dalam kesesakan, maka dengan menggunakan flying car ini anda boleh berputar dan meluncur di angkasa agar boleh sampai di tempat yang ingin dituju dengan cepat.

7. Flying Saucer



Ini adalah model kenderaan udara tanpa pemandu yang boleh terbang di udara dengan bentuk cawan yang mirip dengan pesawat UFO. Model kenderaan ini  telah dibuat oleh sebuah perusahaan di Inggeris yang bernama Aesir. Kenderaan ini boleh memuatkan dua orang penumoang di dalamnya. kenderaan ini boleh bergerak sendiri tanpa memerlukan pemandu unutk memacu kenderaan ini.


8. Virtual Goggles


Teknologi telah membawa dunia virtual ke dalam komputer kita sejak sekian lama. Tapi, dunia virtual tersebut sekarang boleh disaksikan di rumah kita. Sebuah eksperimen yang telah dilakukan selama beberapa dekad, sekarang telah menjadi kenyataan. Pada gambar di atas, wanita tersebut sedang menggunakan alat berteknologi virtual bernama iWear VR920 dari perusahaan Icuiti. Alat tersebut boleh berfungsi sebagai output video juga sebagai gaming console. Ia boleh melihat pelbagai maklumat seperti yang terdapat dalam komputer melalui kaca mata tersebut.

9.  Monorel Mesra Alam


Teknologi mesra alam yang diaplikasikan pada monorel Shweeb di Rotorua, New Zealand ternyata dapat mengelakkan penggunaan tenaga elektrik kerana ia menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Perekanya, Geoffrey Barnet menggabungkan tempat bersandar dan pengayuh dengan teknologi monorel untuk membina Shweeb, nama yang diambil bersempena dengan perkataan dalam bahasa Jerman iaitu schweben yang bermaksud melayang atau bergantung. Dengan kepakaran teknologi baru itu, Shweeb terbukti sebagai pengangkutan yang lebih efisien dan kos rendah dengan aplikasi komuter bandar, rekreasi dan kecergasan. Shweeb meluncur melalui bandar menggunakan rel licin ultra tipis bersaiz hanya 200 milimeter (mm) x 200 mm.  Ia berada setinggi enam meter di atas permukaan tanah untuk mengelakkan lalu lintas dan pejalan kaki.

10.  Transparent I-pad


Transparent I-pad membolehkan kita memperolehi sesuatu maklumat dengan mudah. Ia berbentuk seperti I-pad dan bersifat lutsinar. Antara fungsinya, sebagai contoh, apabila anda dapat melihat bangunan, alat ini akan memberikan hasil pencarian citra yang tepat di sesuatu tempat. Pilih sebuah gedung dan sentuhlah lantai dan ia akan memberitahu anda rincian lebih lanjut dari bangunan tersebut. Anda dapat menggunakannya ketika anda ingin tahu model kereta, nama serangga, nama bunga, jenis makanan apa yang disajikan di restoran dan berapa banyak, sejarah yang pembinaan sebuah jambatan, dan sebagainya. Alat ini juga sangat membantu untuk nutrisi kesihatan.